1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan yang melibatkan pembayaran (penerimaan dan sebagainya) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dan sebagainya) wang pada ruang debit dan kredit buku kira-kira;
2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dan lain-lain) yang melibatkan pembayaran atau penerimaan wang;
3. simpanan wang di bank dan rakaman yang berkaitan dengannya;
~ bank akaun yang dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yang menggunakan perkhidmatan sesebuah bank;
~ beku akaun yang urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yang berkenaan;
~ bersama akaun bank untuk sekurang-kurangnya dua penama dengan masing-masing berhak mengeluarkan simpanan daripada akaun itu;
~ lapuk akaun pinjaman yang tidak dibayar dan kemungkinan untuk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira;
~ luput akaun yang tempoh matangnya telah tamat atau berlalu;
~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yang meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan untuk satu tempoh perakaunan;
~ penerima sahaja arahan pada cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan;
~ semasa akaun (simpanan) yang tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dengan cek;
~ simpanan akaun yang dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yang wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja;
~ T akaun yang mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dengan debit pada ruang kiri dan kredit pada ruang kanan;
~ untung rugi akaun yang menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian untuk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan;
perakaunan yang berkaitan dengan akaun:
prinsip-prinsip ~;
prosedur ~.