ahli I

1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dan lain-lain):
~ parti politik;
~ persatuan sejarah;

2. orang yang mahir atau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang, pakar:
~ bahasa;
~ muzik;
~ sains;

3. sangat mahir, pakar:
kalau fasal menghias, dia memang ~;
~ bahasa
orang yang mahir atau mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang bahasa;
~ bersekutu anggota (persatuan dan lain-lain) yang tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yang sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih untuk memegang sesuatu jawatan);
~ biasa anggota (persatuan dan lain-lain) yang mempunyai taraf dan hak-hak ahli yang sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih untuk memegang sesuatu jawatan);
~ falak orang yang pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dan sebagainya bulan, bintang, dan lain-lain);
~ falsafah
= ~ fikir orang yang mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yang bijaksana (yang berkaitan dengan alam, kehidupan, manusia, dan lain-lain);
~ gusti orang yang pandai dan juga sering kali bergusti;
~ juri salah seorang daripada sekumpulan orang yang dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yang dibicarakan dalam mahkamah;
~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dan lain-lain) orang yang pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dan lain-lain);
~ kehormat ahli yang keanggotaannya diberi sebagai suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yang tidak dibayar);
~ linguistik orang yang mengkaji atau mengajarkan linguistik;
~ majlis tempatan wakil rakyat yang menjadi anggota majlis yang mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan;
~ parlimen anggota parlimen (orang yang menduduki kerusi di Parlimen sebagai wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya );
~ sains orang yang arif dalam salah satu cabang ilmu sains (seperti botani) yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kajian bidang ini;
~ sukan orang yang berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dalam sukan;
~ terapi orang yang mahir dalam sesuatu jenis terapi;
~ tetap ahli yang sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (seperti jawatankuasa dan lain-lain);
~ tinju orang yang pandai bertinju dan selalu berlawan tinju;

mengahlikan;
~ diri memahirkan diri dalam sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yang dilakukan, dan lain-lain), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli:
mula-mula ia ~ dirinya dalam ilmu fikah;

keahlian
1. kemahiran dalam sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dan lain-lain):
penterjemah yang baik memerlukan ~ seorang pengarang;

2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sebagai ahli, keanggotaan:
~nya dalam kelab ini telah dibatalkan;

berkeahlian mempunyai keahlian:
mereka yang ~ dalam ilmu sains moden.

berkongsi