beradu
1. berlanggar, berlaga, berhantuk(an), terhantuk:
motokar itu ~ dengan kereta lembu;
terdengar gelas ~;
kepalanya ~ dengan dinding;
2. bertarung, berlaga, bersabung:
ayam yang sedang ~;
3. bertanding, berlawan (untuk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu);
~ cantik bertanding untuk menentukan siapa yang paling cantik;
~ tenaga bertanding untuk menentukan siapa yang kuat;
~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan;
mengadu
1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dan sebagainya berdekatan, mendekatkan (untuk membandingkan dan sebagainya);
2. menyentuhkan (gelas dan lain-lain), menghantukkan (gelas, kepala, dan lain-lain), melagakan:
~ kepala ke dinding;
~ tuntung jarum (peribahasa) menyatukan fikiran yang sukar itu sangat susah;
3. memperlagakan, menyabung:
~ ayam;
4. mempertandingkan, memperlawankan:
~ layang-layang;
~ tenaga mempertandingkan kekuatan;
5. memberitahu seseorang mengenai sesuatu (yang tidak menyenangkan dan sebagainya) untuk mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati, dan sebagainya):
dia ~ kepada ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya;
dia tidak ~ kepada sesiapa tentang layanan buruk yang dialaminya itu;
6. meminta keadilan:
~ kepada hakim;
~ lidah berbantah;
~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib;
mengadukan
1. mengemukakan perkara dan lain-lain (kpada hakim, parlimen, dan lain-lain), memberitahukan sesuatu (yang tidak baik atau tidak menyenangkan) untuk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dan sebagainya):
parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yang patut diketahui oleh kerajaan;
penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yang dihadapi kepada pegawai daerah;
2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kepada orang atau pihak tertentu untuk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya, dan sebagainya):
diadukannya ayahnya kepada Jepun;
memperadu-adukan memperadudombakan;
aduan
1. pertandingan, perlumbaan:
~ kuda;
2. yang diadu, sabungan:
ayam ~;
3. hal atau perkara yang diadukan (diberitahukan):
segala ~ itu sedang disiasat oleh polis;
peraduan pertandingan:
ia telah berjaya menjadi johan syarahan dalam ~ yang dianjurkan oleh syarikat itu;
pengaduan
1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang);
2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dan lain-lain;
pengadu
1. orang yang suka mengadu untuk mendapatkan pertolongan (simpati dan sebagainya);
2. orang yang mengemukakan aduan.