1. saudara kandung (laki-laki atau perempuan) yang lebih muda;
~ bongsu adik yang termuda;
~ kandung = ~ seibu sebapa anak kepada ibu dan bapa seseorang yang lebih muda daripadanya;
~ seayah adik berlainan ibu;
~ seibu adik berlainan ayah;
2. panggilan (khasnya kepada saudara kandung atau saudara mara yang lebih muda atau kepada isteri dan amnya kepada orang yang lebih muda);
~ ipar adik lelaki atau perempuan kepada suami atau isteri seseorang;
~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yang lebih muda);
~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yang lebih muda daripadanya);
~ sepupu anak (yang lebih muda) kepada adik atau kakak ayah atau emak seseorang;
bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir;
beradik
1. mempunyai atau ada adik:
biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi;
2. bersaudara kandung:
kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah;