adang-adang penyekat (yang memisahkan, mengasingkan, dan sebagainya):
tiap-tiap meja disekat dengan satu ~;
~ pintu penyekat di muka pintu;
mengadang
1. = mengadangi menahan (seseorang) daripada dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dengan mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dan sebagainya), menghalang(i), menyekat:
Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk;
2. menyekat laluan (di jalan raya):
mereka ~ jalan dengan meletakkan tong-tong kosong;
sebatang pokok yang tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas;
3. menunggu dengan tujuan hendak menyergap (menyerang hendap):
merancang untuk ~ musuh;
4. menuju, memaksudkan, menghadapi;
5. menempuh (bahaya, kesukaran, dan sebagainya);
musuh jangan diadang, selisih jangan dicari (peribahasa) pertelingkahan atau perselisihan janganlah dicari-cari;
sungguhpun kawat yang dibentuk, ikan di laut yang diadang (peribahasa) sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yang dituju;
mengadangkan menggunakan sebagai adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan):
diadangkannya lengannya;
pengadangan
1. tempat untuk mengadang;
2. perbuatan mengadang;
pengadang
1. penghalang, perintang (di jalan dan lain-lain), sekatan;
2. orang yang mengadang (menghalang atau menyekat orang lain);
3. penyamun dan sebagainya yang mengadang (menunggu dan menyerang hendap).