1. batas, perenggan:
kesabaran manusia ada ~nya;
~ laju batas laju (kelajuan maksimum yang dibolehkan atau dibenarkan);
2. hingga (sampai) ke, setakat:
boleh masuk ~ serambi sahaja;
kain disingsingnya ~ lutut;
~ itulah yang terbaca oleh saya;
berhad berbatas, berhingga:
kekuasaan Tuhan tidak ~;
syarikat ~ syarikat yang tanggungannya terbatas kepada modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya);
mengehadkan
1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dan lain-lain), membatasi:
kelab itu ~ bilangan ahlinya kepada 100 orang sahaja;
percubaan ini dijalankan di dalam tempat yang dihadkan bekalan udaranya;
2. mengkhususkan, menguntukkan:
seorang pekedai akan ~ jualan hutang kepada pelanggan-pelanggannya sahaja;
ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kepada hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja;
terhad
1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas:
kebebasan bekas tahanan itu ~ di dalam daerahnya sahaja;
2. khusus (untuk):
faedah daripada keuntungan syarikat kerjasama ~ untuk ahli-ahlinya;
keterhadan perihal (keadaan) terhad, keterbatasan:
~ dan kelemahan manusia;
pengehadan perihal mengehadkan, pembatasan:
perintah ~ kediaman.