darah I

1. cecair berwarna merah yang mengalir dalam tubuh manusia atau binatang:
orang yang cedera parah itu banyak mengeluarkan ~;

2. [kiasan] keluarga, sanak saudara, keturunan;
pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan;

3. [kiasan] sifat (kebolehan) semula jadi, bakat:
~ seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya;

4. [kiasan] semangat, jiwa:
~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu;
(sudah) menjadi ~ daging

a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dengan atau meresap di dalam jiwa:
ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya;
b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri;
~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ketenangan;
~ hidup darah yang masih cair (belum beku);
~ ikan warna merah tua;
~ lintah pekat, kental, likat (berkenaan (dengan) air kopi dan lain-lain);
~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (berkenaan (dengan) orang yang bertunang dan lain-lain);
~ mati darah yang sudah beku;
~ muda semangat atau perasaan orang muda;
~ panas pemarah, lekas marah;
~ putih keturunan orang bangsawan;
~ raja keturunan raja-raja;
~ tinggi sejenis penyakit yang menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi;
~ baru setampuk pinang (peribahasa) masih terlalu muda;
bersukat ~lah baru kuberi (peribahasa) biar mati daripada menyerah kalah;
bersukat ~ bertimbang daging (peribahasa) melawan sampai mati;
menakik ~ di batu (dialu) (peribahasa) kerja yang sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit);
minta ~ pada dabung (daing) (peribahasa) minta bantuan daripada orang yang tidak berupaya membantu;

sedarah
1. satu keturunan, sama asalnya:
bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dengan kita;

2. [kiasan] sejenis, sebangsa, serupa:
kalimat itu senafas dan ~ dengan kalimat-kalimat yang lain;

berdarah
1. berkenaan sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dan lain-lain) yang mengakibatkan kecederaan atau kematian:
kejadian ~ 13 Mei 1969;

2. mempunyai darah, lazimnya merujuk pada pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk:
binatang mamalia ~ panas;

3. mengeluarkan (mengalirkan) darah:
luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu;

4. ada (terdapat) darah yang melekat atau menyerap (pada kain, pisau, dan lain-lain):
kain pembalut itu penuh ~;

5. berketurunan, daripada keturunan:
~ bangsawan;
~ raja;

6. bersifat, bersemangat, berjiwa:
orang Melayu memang ~ perwira;

7. berkebolehan semula jadi, berbakat:
~ seni;
~ bali
[Minangkabau] penakut;
~ dingin [Indonesia] berdarah sejuk;
~ hangat [Indonesia] berdarah panas;
~ hati sakit hati;
~ panas
a) mempunyai darah yang panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (berkenaan (dengan) mamalia);
b) pemarah;
~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik);
~ sejuk mempunyai darah yang berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;

mendarah seperti darah;
~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa:
kerja demikian sudah ~ daging dengannya;
~ lintah
(menjadi) pekat atau kental;

mendarahi melumuri (menyapu dengan) darah;

perdarahan keadaan keluar darah atau berdarah akibat cedera atau penyakit:
terdapat sebilangan mereka yang hamil anak sulung yang mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran;

pendarahan [Indonesia] pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah:
gangguan yang agak berbahaya ialah terjadinya ~ pada perempuan;
jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yang luar biasa;
~ dalam (luar)
[Indonesia] pengeluaran darah di dalam (di luar) tubuh;

pendarah sakti (sudah banyak dipakai untuk melukai orang):
keris ~;
ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dengan bisanya dan ~nya dan tajamnya.

berkongsi