1. sesuatu yang dilekatkan pada kail (di bubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk memikat atau menangkap ikan (binatang dan lain-lain):
kalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga;
2. makanan (beras, padi, dan lain-lain) untuk binatang ternakan;
~ apa yang engkau berikan kepada ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk;
3. makanan yang diberikan kepada orang lain;
4. habuan, mangsa:
tinggallah bangsa kita yang tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun;
5. [kiasan] sesuatu yang dilakukan untuk memerangkap (memperdaya) orang:
langkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengelirukan lawan;
~ alir umpan yang digunakan untuk menangkap buaya;
~ api sesuatu yang mudah terbakar digunakan untuk menyalakan api;
~ golok (keris, peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru);
~ harimau mangsa harimau;
~ hawa nafsu sesuatu untuk memuaskan hawa nafsu;
~ tekak makanan untuk membangkitkan selera makan;
~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat (peribahasa) perbuatan atau usaha yang tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja;
~ seumpan, kail sebentuk (peribahasa) perbuatan yang sia-sia (kerana tidak mempunyai persediaan yang cukup);
berumpankan menggunakan sesuatu sebagai umpan:
taburan berbagai-bagai janji manis yang semuanya ~ wang;
mengumpan
1. memikat binatang dengan menggunakan umpan:
apa yang elok digunakan untuk ~ ikan haruan?
2. = mengumpani memberi umpan (makanan dan lain-lain) kepada;
3. [kiasan] melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, terpedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dengan sesuatu:
orang itu mudah disuap dan diumpan dengan barang-barang mewah;
mengumpankan menggunakan sesuatu sebagai umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pada:
apa yang engkau umpankan dalam jebak itu?