[bahasa percakapan] mendapat, memperoleh, menyambut (sesuatu):
kemudian ia hendak bayar kepada saya separuh, tiadalah saya mahu ~;
(mengucapkan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu);
~ nasib berserah kepada takdir sahaja;
~ salah mengaku akan kesalahan diri;
~ syukur bersyukur kepada Tuhan;
berterima [arkaik] (telah) diterima, (telah) dikabulkan;
~ kasih mengucapkan syukur;
menerima
1. mengambil (mendapat, menadah, dan lain-lain) sesuatu yang diberikan:
adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?;
2. menyambut kedatangan orang (tetamu dan lain-lain):
kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami;
3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu permintaan (permohonan dan lain-lain), menyetujui (sesuatu usul dan lain-lain), membenarkan, mengesahkan:
ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah untuk ~nya;
4. mendapat atau menderita sesuatu (dengan berserah sahaja):
~ nasib;
5. berpendapat bahawa …, memandang (sebagai), menganggap (sebagai):
ia ~ jawabanku sebagai penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dan lain-lain), mengizinkan (masuk dan lain-lain):
mereka pun diterima sebagai anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat:
beliau telah ~ tawaran untuk bekerja sebagai pengurus di syarikat itu;
~ panjang tangan, menghulur sekali belum (peribahasa) perangai orang yang tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi;
menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan;
penerimaan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) menerima, penyambutan:
bayaran dan ~ barang-barang yang dibeli;
2. sambutan, nilaian, penghargaan:
bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara?;
3. keizinan (masuk dan lain-lain), kebenaran:
beliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid darjah satu;
4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan:
janganlah tuan takut dan ngeri kepada kakang dan janganlah tuan salah ~;
penerima
1. orang atau alat yang menerima sesuatu;
pesawat ~ pesawat radio untuk menangkap siaran radio;
2. mudah menangkap (ajaran dan lain-lain), terang hati;
3. sentiasa berserah (kpada takdir dan lain-lain).