sendiri

1. tubuh diri yang sebenarnya (bukan wakil dan lain-lain), diri:
tidak ada masa untuk memikirkan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih penting;

2. tidak dengan bantuan (pertolongan dan lain-lain) orang lain, tidak berhubungan dengan orang lain:
apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semuanya;
berkerajaan ~
merdeka;

3. seorang diri, tidak berkawan:
pada hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku;

4. = sendiri-sendiri masing-masing:
kedua-duanya sedang tenggelam dalam bacaan ~-~;

5. tidak berkaitan dengan orang lain, bukan (kepunyaan, hak, dan lain-lain) orang lain;
tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain;

6. tidak termasuk yang lain, dalam kumpulan tertentu sahaja;
berbunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dengan orang lain);

7. terpisah (tersisih) daripada yang lain, tidak bersama yang lain, berasingan;

8. [Indonesia], [bahasa percakapan] yang paling (belakang, depan, dan lain-lain);

sendirinya = dengan ~
1. tidak bercampur (berteman dan lain-lain) dengan yang lain, seorang diri;

2. secara automatik;

bersendiri tidak berteman (berkawan dan lain-lain), tidak berkaitan dengan yangn lain, tersisih (terpisah) daripada yang lain:
ejaan bukanlah suatu pelajaran yang ~ atau tidak berkait dengan pelajaran-pelajaran yang lain;
terdapat kecenderungan untuk ~;

menyendiri duduk seorang diri, mengasingkan (memencilkan, menyisihkan) diri:
ia hendak ~ lalu lari dengan diam-diam;

menyendirikan mengasingkan daripada yang lain:
kemeja yang tanggal butang lebih baik disendirikan dahulu;

tersendiri
1. tidak sama dengan yangn lain, terasing:
esei memerlukan satu gaya bahasa yang ~ iaitu gaya yang mudah dan sederhana;

2. tersisih (terpisah dan lain-lain) daripada yang lain:
pekerjaannya dapat dijalankan dalam suasana aman, senyap dan ~, sama seperti bekerja di rumah;

ketersendirian keadaan tersendiri, keunggulan :
banyak teori sastera cenderung untuk mewujudkan ~ sastera sebagai satu kategori yang berasingan;

sendirian
1. seorang diri, tidak berteman:
pada suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau;
ia tersenyum ~;

2. tidak dengan bantuan (pertolongan dan lain-lain) orang lain:
pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi;

bersendirian
1. berlainan daripada yang umumnya, tersendiri:
keistimewaannya di dalam bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~;

2. tidak bersekutu (berkaitan dan lain-lain) dengan yang lain, tidak bersama (dengan pelibatan dan sebagainya) orang atau pihak lain, berasingan:
kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya;

3. tidak menerima bantuan (pertolongan dan lain-lain) daripada mana-mana pihak pun:
penuntut-penuntut boleh dibahagikan kepada penuntut ~ dan penuntut berbiasiswa;

4. tidak berkahwin, membujang:
biarlah saya ~;

kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi:
isu tentang ~ dalam internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber;

kesendirian
1. perihal sendiri (terpencil, tersisih daripada yang lain);

2. perihal lain daripada yang lain, keistimewaan;

persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan:
sumbangan terbesar kepada perkhidmatan sosial datang daripada sumber-sumber ~ dan bukan daripada kerajaan;

penyendirian perbuatan mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyendirikan sesuatu;

penyendiri (orang) yang suka menyendiri, (orang) yang suka mengasingkan diri:
seniman bagi Freud adalah seorang ~ yang amat suka mencipta fantasi.

berkongsi