selaput

lapisan nipis tisu (pada benda-benda hidup) yang menyaluti sesuatu;
~ dara selaput yang menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks);
~ jantung selaput yang membalut jantung;
~ mata selaput pembungkus biji mata;

berselaput ada selaput, bersalut dengan kulit tipis, berlapis (bersalut) dengan sesuatu:
mukanya kotor ~ habuk;
mata ~
mata yang disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular;

menyelaputi menyelubungi, melitupi, membungkusi:
biji kacang yang kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji;
bulu susuk yang ~ badan burung;
tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin;

menyelapuntukan memberi bersalut (berlapis) dengan, menyaluntukan, menyelubungkan;

selaputan benda yang menyelaputi (menyelubungi) sesuatu:
matanya masih lagi berbalam kerana ~ air matanya.

berkongsi