1. alat (daripada lidi, sabut, roman, dan lain-lain) untuk membersihkan lantai dan lain-lain:
dia membersihkan rumahnya dengan ~ lidi;
2. sesuatu yang digunakan untuk membersihkan (mengesat, menghapus, dan lain-lain);
~ jagat
a) sejenis meriam besar;
b) sejenis hantu hutan;
~ tangan
a) kain segi empat (untuk mengesat muka, peluh, dan lain-lain);
b) destar, setangan;
~ tangan menali ayam (peribahasa) perihal kemiskinan yang amat sangat;
seperti ~ (penyapu) diikat dengan benang sutera (peribahasa) sesuatu yang tidak kena pada tempatnya;
bersapu
1. (sudah) dibersihkan (dikesat dan lain-lain) dengan sapu:
bilik saya belum ~;
2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pada permukaannya):
bersama-sama susu lembu itu disediakannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega;
menyapu
1. membersihkan lantai dengan sapu:
~ lantai;
2. mengesat, menghapuskan, mengusap:
sambil mengesat ia ~ air matanya;
3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap:
dilucuntukan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya;
4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke:
di dalam gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok;
5. melumas (dengan cat, kapur, dan lain-lain):
rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat;
6. melumur (bedak ke muka dan lain-lain);
7. [bahasa percakapan] melenyapkan sama sekali (wang dan lain-lain), mengambil habis, membinasakan sama sekali:
wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah;
~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, memenangi, dan sebagainya) kesemuanya;
menyapukan
1. menyapu untuk orang lain;
2. memakai sesuatu untuk menyapu, menyapu dengan;
3. melumurkan (melumaskan, menggosokkan, dan lain-lain) sesuatu pada (sesuatu permukaan dan sebagainya):
maka oleh si pelulut ubat guna daripada Hang Nadim itu disapukannya pada tubuh Tun Teja;
selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pada muka dan leher;
tersapu
1. sudah disapu, sudah dibersihkan;
2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, dimusnahkan, dan lain-lain):
haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya;
sapuan
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) menyapu:
dia merasai sesuatu daripada ~ hujung rambut perempuan itu;
2. hasil menyapu;
penyapu alat untuk menyapu (membersihkan dan lain-lain), sapu:
sebatang ~ lidi dikeluarkannya;
~ ranjau kapal untuk membersihkan ranjau di laut;
disambut dengan ~ tak bersimpai (peribahasa) dihalau keluar dari sesuatu majlis kerana dibenci orang.