1. banyak rumah;
2. = rumah-rumahan sesuatu yang menyerupai rumah atau boleh disamakan dengan rumah, tiruan daripada rumah;
berumah
1. mempunyai (memiliki) rumah:
seorang muda yang berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar;
2. = ~ tinggal diam (tinggal) di:
ia lebih suka ~ di Ulu Langat;
3. =
berumah tangga bagai ~ di tepi tebing (peribahasa) selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dan lain-lain);
berumahkan menjadikan sebagai rumah:
orang Arab yang hidup ~ khemah yang dibuat daripada kulit unta;
memperumahkan mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan):
lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok;
perumahan
1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal:
Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan;
syarikat ~ syarikat yang mendirikan rumah-rumah (untuk ahli-ahli atau untuk dijual);
2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah):
masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dengan pembinaan rumah-rumah pangsa;
pejabat ~ pejabat yang mengurus rumah pegawai kerajaan;
3. tanah kosong (tapak) untuk mendirikan rumah:
kawasan ~ baharu di Kampung Tunku;
4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut);
5. [Minangkabau] [arkaik] pendirian, maksud:
~mu sudah jelas kini;
perumah (Biologi) tumbuhan atau haiwan yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggalnya, serta sebagai sumber makanan dan perlindungan.