catatan (kata atau tanda) yang mengarahkan perhatian pembaca dari suatu tempat ke tempat lain dalam sesebuah buku, fail dan sebagainya untuk keterangan atau maklumat selanjutnya:
mungkin ~ ini digunakan kerana masalah ejaan;
satu lagi kelemahan kamus itu ialah terdapatnya terlalu banyak ~;
merujuk silang merujuk daripada satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dan sebagainya) kepada satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dan sebagainya) yang lain:
pemilihan kata dibuat secara ~ kepada kata yang menjadi komponen makna yang lain;
merujuksilangkan merujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dan sebagainya) kepada sesuatu (kata, bahagian buku dan sebagainya) yang lain dengan menggunakan kata atau tanda:
setiap entri haruslah dirujuksilangkan dengan entri lain yang bersinonim dengannya.