rotan I

1. sejenis tumbuhan (palma yang memanjat dan digunakan untuk kerusi, tikar, raga, dan lain-lain):
kerusi ~;
simpai ~;
gelang ~
lingkaran yang dibuat daripada rotan untuk permainan anak sekolah;

2. sebat (pukulan) dengan rotan sebagai hukuman:
hukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~;
~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar
sejenis rotan, Calamus aquatilis;
~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak
sejenis rotan, Daemonorhops hyangrophilus;
~ batu = ~ seni
sejenis rotan, Calamus insignis;
~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini
sejenis rotan, Calamus javensis;
~ bini = ~ dini = ~ tikus
sejenis rotan, Flagellaria indica;
~ kerai hitam,
sejenis rotan, Calamus diepenhorstii;
~ bukit = ~ kolam
sejenis rotan, Calamus diepenhorstii;
~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja
sejenis rotan, Plectocomiposis scortechinii, ~ cici = ~ cicit = ~ pahit sejenis rotan, Calamus densiflorus;
~ cincang = ~ raja = ~ semambu
sejenis rotan, Calamus scipionum;
~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal
sejenis rotan, Daemonorhops geniculatus;
~ cincin = ~ kertung = ~ semang
sejenis rotan, Daemonorhops grandis;
~ cucur = ~ atap cucur
sejenis rotan, Calamus castaneus;
~ dahan
sejenis rotan, Korthalsia wallichiifolia;
~ dalam buku = ~ manau
sejenis rotan, Calamus conioastris;
~ gunung = ~ paku
sejenis rotan, Calamus exilis;
~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak
sejenis rotan, Calamus ornatus;
~ kerai = ~ perut ayam
sejenis rotan, Calamus luridus;
~ kikir
sejenis rotan Calamus radulosus (scabridulus): ~ kipas sejenis rotan, Calamus lobbianus;
~ manana
sejenis rotan, Calamus lobbianus;
~ manau = ~ manau telur
sejenis rotan, Calamus manau;
~ perut ayam = ~ senik = ~ telur
sejenis rotan, Ceratolabus laevigatus;
~ relang
sejenis rotan, Plectocomiopsis geminisflorus;
~ sega perak
sejenis rotan, Calamus caesuis;
~ semiang
sejenis rotan, Calamus curtissi;
~
semut sejenis rotan, Korthalsia scahigera;
~ udang
sejenis rotan, Korthalsia echinometra;
ada ~ ada duri
(peribahasa) ada kesenangan tentu ada kesusahannya;
bagai ~, asal berinsang dicucuk sahaja (peribahasa) perihal orang yang tidak memilih pekerjaannya (perbuatannya);
kerat ~ patah arang (peribahasa) putus pertalian (perhubungan) yang tidak dapat disambung (didamaikan) lagi;
tiada ~ akar pun berguna (jadi) (peribahasa) kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga;

merotan
1. = berotan mencari (mengambil) rotan:
jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan;

2. memukul atau menyebat dengan rotan (sebagai satu hukuman):
ibunya pun mengugut hendak ~;

perotan orang yang bekerja mencari rotan.

berkongsi