1. sejenis tumbuhan (palma yang memanjat dan digunakan untuk kerusi, tikar, raga, dan lain-lain):
kerusi ~;
simpai ~;
gelang ~ lingkaran yang dibuat daripada rotan untuk permainan anak sekolah;
2. sebat (pukulan) dengan rotan sebagai hukuman:
hukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~;
~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar sejenis rotan, Calamus aquatilis;
~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak sejenis rotan, Daemonorhops hyangrophilus;
~ batu = ~ seni sejenis rotan, Calamus insignis;
~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini sejenis rotan, Calamus javensis;
~ bini = ~ dini = ~ tikus sejenis rotan, Flagellaria indica;
~ kerai hitam, sejenis rotan, Calamus diepenhorstii;
~ bukit = ~ kolam sejenis rotan, Calamus diepenhorstii;
~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja sejenis rotan, Plectocomiposis scortechinii, ~ cici = ~ cicit = ~ pahit sejenis rotan, Calamus densiflorus;
~ cincang = ~ raja = ~ semambu sejenis rotan, Calamus scipionum;
~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal sejenis rotan, Daemonorhops geniculatus;
~ cincin = ~ kertung = ~ semang sejenis rotan, Daemonorhops grandis;
~ cucur = ~ atap cucur sejenis rotan, Calamus castaneus;
~ dahan sejenis rotan, Korthalsia wallichiifolia;
~ dalam buku = ~ manau sejenis rotan, Calamus conioastris;
~ gunung = ~ paku sejenis rotan, Calamus exilis;
~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sejenis rotan, Calamus ornatus;
~ kerai = ~ perut ayam sejenis rotan, Calamus luridus;
~ kikir sejenis rotan Calamus radulosus (scabridulus): ~ kipas sejenis rotan, Calamus lobbianus;
~ manana sejenis rotan, Calamus lobbianus;
~ manau = ~ manau telur sejenis rotan, Calamus manau;
~ perut ayam = ~ senik = ~ telur sejenis rotan, Ceratolabus laevigatus;
~ relang sejenis rotan, Plectocomiopsis geminisflorus;
~ sega perak sejenis rotan, Calamus caesuis;
~ semiang sejenis rotan, Calamus curtissi;
~ semut sejenis rotan, Korthalsia scahigera;
~ udang sejenis rotan, Korthalsia echinometra;
ada ~ ada duri (peribahasa) ada kesenangan tentu ada kesusahannya;
bagai ~, asal berinsang dicucuk sahaja (peribahasa) perihal orang yang tidak memilih pekerjaannya (perbuatannya);
kerat ~ patah arang (peribahasa) putus pertalian (perhubungan) yang tidak dapat disambung (didamaikan) lagi;
tiada ~ akar pun berguna (jadi) (peribahasa) kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga;
merotan
1. = berotan mencari (mengambil) rotan:
jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan;
2. memukul atau menyebat dengan rotan (sebagai satu hukuman):
ibunya pun mengugut hendak ~;
perotan orang yang bekerja mencari rotan.