1. belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dan sebagainya):
negara-negara ~;
kereta jenis ~;
majalah ~;
2. belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dan sebagainya):
cara-cara ~;
3. belum dipakai lagi atau belum lama dipakai:
basikal ~;
kasut ~;
4. belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dan lain-lain) sebagai:
murid ~;
ketua ~;
5. masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dan sebagainya):
ikan ~;
6. moden:
angkatan ~;
7. belum berapa lama lagi (dahulu):
saya ~ datang;
8. apabila saja, sesudah:
~ digertak dia sudah lari;
9. pada masa itulah, pada ketika tertentu (berikutan dengan sesuatu dan lain-lain):
selepas saya jelaskan ~ dia sedar;
10. kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dan sebagainya (kerana belum sering digunakan, terpelihara dengan baik, dan lain-lain);
baru-baru ~ ini tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini:
kita menyokong perbahasan itu dalam Perhimpunan Agung UMNO ~ ini;
membarukan menjadikan baru, membetulkan sesuatu supaya seperti baru:
hasratnya untuk ~ gaya itu sendiri.