meminda membetulkan (kesalahan dan lain-lain), membaiki, mengubah:
undang-undang ini telah dipinda;
pindaan
1. sesuatu yang dibuat untuk meminda, hasil meminda:
jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu;
2. (Undang-undang) perubahan yang dibuat terhadap dokumen undang-undang dengan pelbagai cara, sama ada dengan penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dan sebagainya;
pemindaan hal atau perbuatan meminda:
~ yang memberi hak mengawal, mengehadkan atau menahan, tetapi bukannya melarang kemasukan orang-orang asing;
peminda pihak atau orang yang meminda sesuatu, seperti peraturan, garis panduan dan sebagainya.
berkongsi