pindah

bertukar tempat (kediaman, kerja, dan lain-lain);
~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dan lain-lain);
~ milik bertukar pemilik atau tuan punya;
~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dan lain-lain);
tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan (peribahasa) pekerjaan yang tiada tetap akan merugikan;

berpindah
1. beralih tempat (kediaman, kerja, dan lain-lain), beranjak:
dia mengajak isterinya ~ ke Brunei, dia ~ dari tempat duduk yang di hadapan ke tempat duduk belakang;

2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dan lain-lain):
datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil;
setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kepada pembentangan pendapat yang asasi;

3. = berpindah-pindah menjangkit, menular;
~ ke negeri yang baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati;
~-randah selalu berpindah-pindah;
~ tangan berganti pemiliknya;

memindah
1. [bahasa percakapan] = memindahkan;
2.
= memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular);

memindahi
1. [arkaik] banyak yang dipindahkan, banyak kali memindahkan;

2. menjangkiti, menulari;

memindahkan
1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain:
kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini untuk ~ setinggan-setinggan;
pangkat-pangkat tinggi yang dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini;

2. menterjemahkan:
hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan daripada bahasa Jawa ke bahasa Melayu;

3. menjangkitkan, menularkan:
penyakit ini berjangkit dengan sebab dipindahkan oleh lalat;
~ hak
memberikan hak kepada orang lain;
~ perhatian mengalihkan perhatian;

pindahan barang (harta dan lain-lain) yang dipindahkan:
barang-barang ~;
kaum ~
kaum atau bangsa yang hidupnya berpindah-randah;

kepindahan kejangkitan, ketularan;

perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dan sebagainya) berpindah, peralihan:
sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~;
~ pejabat;

berkongsi