1. kerja dan sebagainya menjamu (bersuka ria dan lain-lain) untuk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan:
dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yang diadakan;
2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dan lain-lain) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dengan konsep dan tujuan yang tersendiri, festival:
~ buku;
~ makanan;
3. perayaan kebudayaan atau keagamaan:
P~ Kaamatan;
P~ Gawai;
~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak;
~ buku kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan;
~ dansa perayaan dengan berdansa;
~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem;
~ gila [bahasa percakapan] perayaan tari-menari dengan orang yang menghadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dan lain-lain);
P~ Kaamatan pesta yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dengan memuja semangat padi;
~ kahwin = ~ nikah perayaan kahwin;
~ lagu pertandingan lagu yang mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (seperti jaz, rap, rok, asli, dan lain-lain);
~ makanan kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yang beraneka rasa (seperti masakan pedas, manis, masin, dan lain-lain);
~ ria acara keramaian untuk bersuka ria yang diadakan di tempat lapang dan sebagainya, biasanya disertai berbagai-bagai aktiviti lain seperti pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dan sebagainya;
berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dengan makan-makan, berdansa, dan lain-lain):
mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu;
~ pora berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dengan makan minum dan lain-lain);
memestakan
1. merayakan (sesuatu peristiwa dan lain-lain) dengan makan minum dan bersuka ria:
aku tidak pernah berasa perlu untuk ~ ulang tahun;
2. mengadakan pesta untuk:
~ anaknya yang baru pulang dari luar negeri;
pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria):
kebudayaan itu adalah suatu yang serius, bukan sekadar riuh-rendah ~.