pesona

1. guna-guna, mantera, sihir:
~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu;
ilmu ~
ilmu sihir, ilmu guna-guna;
kena ~ kena guna-guna (sihir);
membuat (mengenakan) ~ kepada mengenakan guna-guna (sihir) kepada;
tukang ~
a) tukang (ahli) sihir;
b) [arkaik] [bahasa percakapan] pemimpin rakyat (yang kurang jujur);

2. = pesonaan kata-kata jahat untuk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah:
orang yang berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan;
fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pada masa itu di kalangan masyarakat kita;
segala godaan dan ~ syaitan untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah;

mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:
kejelitaannya ~ setiap lelaki yang melihatnya;
ia mempunyai suara merdu yang ~;

mempesonakan
1. mengenakan pesona (sihir);

2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan:
lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia;

terpesona
1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi):
aku seolah-olah ~ dengan segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yang dapat kulahirkan;

2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dan lain-lain), sangat terpikat (tertarik) hati:
penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yang sedang mengalun itu;

kepesonaan perihal (keadaan) pesona:
pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dengan penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat;

keterpesonaan keadaan terpesona:
kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yang tersirat di dalamnya.

berkongsi