titik-titik air dan lain-lain yang berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dan lain-lain), recik, renjis;
berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (berkenaan (dengan) benda cair seperti air dan lain-lain):
air hujan dari bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~;
memercik menghambur ke sana sini (untuk titik air dan lain-lain):
kereta itu berjalan dengan laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima;
ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara;
memerciki menaburkan titik-titik air kepada, merenjisi:
baju yang hendak diseterikanya itu dipercikinya dengan air;
memercikkan menyebabkan berpercikan (air dan lain-lain), merenjiskan:
seorang lepas seorang ~ air mawar pada kedua-dua pengantin yang sedang bersanding;
kain yang dipercikkan dengan air emas kain yang disulam dengan air emas;
terpercik
1. kena percik (air dan lain-lain):
tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga;
2. memercik, keluar menghambur:
air di dalam bekas itu ~ bajunya;
percikan
1. sesuatu yang memercik (air dan lain-lain), renjisan:
sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam;
luka matanya kerana termasuk ~ karat;
2. fikiran (perasaan, sinar, dan lain-lain) yang tiba-tiba timbul atau memancar:
beberapa ~ telah terbit dalam fikirannya;
kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar;
pemercik alat yang digunakan untuk memercikkan air dan sebagainya.