mulut

1. bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pada manusia atau binatang):
kuman itu masuk ke dalam tubuh melalui ~ bersama-sama makanan dan air yang diminum;

2. [kiasan] sesuatu yang rupanya seperti mulut (boleh dianggap sebagai mulut), lubang, liang:
~ belanga;
~ kubur dan lain-lain;

3. [kiasan] perkataan, percakapan;
banyak ~ banyak cakap, cerewet;
~ bedil lubang laras bedil;
~ berus [Kelantan]
a) suka membuka rahsia;
b) suka mengeluarkan kata-kata yang kesat;
~ bisa suka mengeluarkan kata-kata yang pedas;
~ busuk nafas berbau busuk;
~ daun lubang kecil-kecil (untuk pernafasan) pada daun;
~ gatal gemar memperkatakan apa sahaja;
~ gunung lubang kawah gunung berapi;
~ hebiak [Kedah] orang yang suka mengata orang;
~ hodoh [Kelantan] suka mencarut-carut;
~ kotor suka mengeluarkan kata-kata keji kata;
~ kulit lubang kecil pada kulit (untuk perpeluhan);
~ manis lemah lembut dan baik tutur katanya;
~ murai orang yang sangat suka bercakap-cakap;
~ sungai kuala (muara) sungai;
~ tajam suka mengeluarkan kata yang pedas-pedas;
~ bagai ekor ayam dihembus (peribahasa) seseorang yang mulutnya tidak berhenti-henti berkata-kata;
~ bau madu, pantat bawa sengat (peribahasa) orang yang manis mulutnya tetapi hatinya jahat;
~ disuapi pisang, pantat dikait dengan onak (peribahasa) bermuka-muka manis tetapi di belakang diumpat atau dibuatkan pekerjaan yang mendatangkan bahaya dan lain-lain;
~ hang lebih daripada gedembai = ~ kamu harimau kamu, mengerkah (batu) kepala kamu (peribahasa) perkataan kamu juga yang membinasakan diri kamu;
~ manis jangan percaya, lepas dari tangan jangan diharap (peribahasa) jangan percaya kepada orang yang manis perkataannya dan barang atau wang yang dipinjamkan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali;
~ manis mematahkan tulang (peribahasa) jika seseorang disuruh dengan lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja dengan sehabis-habis upayanya;
~ satu lidah bertopang (peribahasa) orang yang jahat hati itu perkataannya lain daripada hasrat hatinya;
gula di dalam ~ (peribahasa) sesuatu barang yang telah dalam milik kita;
manis ~nya bercakap seperti santan manisan, di dalam bagai empedu (peribahasa) perkataan yang lemak manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya;
terlepas dari ~ buaya, masuk ke ~ harimau (peribahasa) terhindar daripada kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yang lebih besar;

bermulut
1. mempunyai mulut, berlubang seperti mulut;

2. [bahasa kasar] bertutur, bercakap;
~ besar banyak cakap, angkuh, sombong;
~ keras berkeras kepala (suka melawan);
~ manis bercakap-cakap dengan lemah lembut;
~ di mulut orang (peribahasa) selalu menurut kata orang;

bermulut-mulut [bahasa kasar] bercakap-cakap, berkata-kata.

berkongsi