1. alat untuk melihat (pada manusia atau binatang), pancaindera untuk melihat:
~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula terkejip-kejip;
~ hitam bahagian mata yang berwarna (di tengah-tengah);
2. bahagian yang tajam pada alat pemotong (kapak, pisau, dan lain-lain):
pisau itu ~nya tumpul;
~ cangkul;
~ kapak;
~ tenggala (bajak);
3. sesuatu yang menyerupai mata (seperti lubang kecil, lubang jala, dan lain-lain):
~ jarum;
4. sela antara dua senggat (pada kayu pembaris dan lain-lain), sela antara dua anak tangga:
tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya;
5. [kiasan] yang di tengah-tengah benar, pusat:
~ bisul;
~ alamat sasaran, tujuan;
6. tunas pada ubi (dahan dan lain-lain);
7. punca, sumber (air, pencarian, dan lain-lain);
8. markah yang diperoleh (dalam peperiksaan, pertandingan, dan lain-lain):
pasangan dari Malaysia telah memenangi set pertama dengan ~ 15-10;
9. [sastera lama] jenis-jenis (masakan, hidangan, dan lain-lain);
beratus-ratus ~ gulai beratus-ratus jenis gulai;
~ air
a) tempat air terbit dari tanah;
b) [bahasa percakapan] kekasih;
~ anggaran [Indonesia] bahagian (pos) anggaran belanja;
~ angin arah yang ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dan lain-lain);
~ ayam sejenis tumbuhan (pokok renek), Ardisia crispa;
~ batin perasaan dalam hati, rasa hati;
~ bedil butir-butir pembidik pada laras bedil;
~ belanak pusat pusingan (lingkaran);
~ benda barang(-barang) yang berharga (seperti permata dan lain-lain);
~ besar sejenis ikan kap, Amblyrhynchichthys truncatus;
~ bisul lubang bisul;
~ buku buku jari dan lain-lain;
~ bulan bentuk bulan yang tampak samar-samar;
~ cemperling mata yang merah warnanya;
~ cincin permata (intan, berlian, dan lain-lain) pada cincin;
~ dabus besi tajam yang digunakan dalam permainan dabus;
~ dacing garis-garis pada dacing (untuk menunjukkan berat);
~ dagangan barang-barang dagangan;
~ duitan tamak akan wang;
~ duli buku lali;
~ gaji tangga gaji;
~ gawai [arkaik] pembantu;
~ gelap mengamuk kerana marah dan lain-lain;
~ gergaji
a) bahagian yang tajam dan bergirigi pada gergaji;
b) [Kelantan] orang yang bermuka-muka (dengan dua pihak);
~ gobek (gunting) bahagian yang tajam pada gobek (gunting);
~ hati
a) perasaan hati;
b) [sastera lama] wakil peribadi, ganti diri;
~ hitam bahagian biji mata yang hitam;
~ huruf tiap-tiap satu huruf;
~ ikan sejenis kudis yang bernanah (pada kaki dan lain-lain);
~ jahitan bahagian yang dijahit;
~ jala (jaring) lubang-lubang yang terdapat pada jala (jaring);
~ jalan penunjuk jalan, peninjau;
~ kail kawat yang bengkok dan tajam hujungnya pada kail;
~ kain corak kain;
~ kakap lubang kecil pada bahagian bawah perahu (digunakan untuk mengeluarkan air);
~ kaki tulang yang membonggol pada pergelangan kaki (buku lali);
~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dan lain-lain);
~ kati (tahil) garis pada dacing yang menunjukkan kati (tahil);
~ kayu
a) tanda bekas dahan yang telah dipotong pada kayu (berwarna hitam);
b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf);
~ kemung mata yang besar;
~ keranjang suka melihat perempuan;
~ kerek bulatan pada kerek;
~ ketam besi tajam pada ketam kayu;
~ kotak orang yang tidak tahu memilih mana yang baik dan mana yang buruk;
~ kucing
a) sejenis batu permata;
b) sejenis damar yang jernih warnanya;
c) [Indonesia] sejenis lampu berwarna pada peti radio;
~ kumpuan = ~ majmuk mata yang terdiri daripada beberapa mata yang kecil-kecil (seperti mata lalat dan lain-lain);
~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yang digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya);
~ lipas
a) mata yang tidak berwarna (pada kuda);
b) mata yang suram;
~ lolong [Kelantan] mata yang tersembul;
~ luka lubang atau liang luka;
~ pajak ark (Palembang) orang yang wajib membayar cukai;
~ panah bahagian hujung anak panah (yang tajam);
~ pedoman jarum pedoman yang menunjukkan mata angin, mata angin dalam pedoman;
~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yang diajarkan (di sekolah, maktab, dan lain-lain);
~ pena bahagian hujung pena yang digunakan untuk menulis;
~ pencarian (penghidupan) pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan sara hidup;
~ perdagangan barang-barang dagangan;
~ petai ki mata yang tidak dapat melihat dengan betul;
~ petir pancaran kilat yang diikuti oleh petir;
~ piano bahagian piano yang diketuk-ketuk (untuk mengeluarkan bunyi);
~ punai lubang yang bersegi enam (pada anyaman dan lain-lain);
~ rantai gelang-gelang pada rantai;
~ ringkas mata serangga dan sebagainya yang mempunyai satu kanta, misalnya labah-labah dan kala jengking;
~ sangkur benet, bayonet;
~ surat [Indonesia] tulisan (huruf) pada surat;
~ susu puting susu;
~ tangga sela antara dua anak tangga;
~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi;
~ tombak hujung tombak yang tajam;
~ tunas tunas yang baru bercambah;
(di) ~ umum (pada) pandangan umum, di khalayak ramai;
~ wang
a) wang yang bukan wang kertas, wang daripada logam (duit syiling);
b) jenis atau unit wang yang digunakan di sesebuah negeri;
~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, misalnya mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah;
dengan ~ kepala sendiri sendiri (melihat);
~ memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan = berapa berat ~ memandang, berat lagi bahu memikul (peribahasa) walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yang ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu;
~ tidur bantal berjaga (peribahasa) perihal perempuan yang melakukan kejahatan pada waktu suaminya percaya betul padanya;
hilang di ~, di hati jangan (peribahasa) walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan orang yang ditinggalkan;
jadi ~ telinga (peribahasa) orang yang jadi harapan dan yang selalu memberi pertolongan;
kerana ~ buta, kerana hati mati (peribahasa) perihal orang yang menuruntukan hawa nafsunya akhirnya mendapat kesusahan;
silap ~ pecah kepala (peribahasa) kalau kurang hemat dalam sesuatu pekerjaan yang berbahaya tentu akan mendapat kesusahan;
tentang ~ dengan ~ (peribahasa) berhadapan satu sama lain;
mata-mata
1. polis;
2. [Indonesia] penyuluh;
~ gelap polis rahsia, penyuluh;
~ khas polis yang mempunyai tugas-tugas tertentu (pada zaman darurat);
~ tentera polis tentera (untuk mengawasi tatatertib tentera);
memata-matai
1. mengawasi secara diam-diam (gerak-geri seseorang dan lain-lain), mengamat-amati:
mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita;
2. Brunei membaiki siratan jala (jaring dan lain-lain);
termata-mata jelas sekali kelihatan.