makam II

1. kubur (digunakan untuk orang yang dihormati seperti nabi, para wali, keluarga diraja, dan sebagainya):
pada hari Jumaat yang lalu, Sultan pergi menziarahi ~ ayahandanya;

2. = permakaman perkuburan:
mayat askar-askar yang terkorban dalam serangan hendap itu dikebumikan di ~ pahlawan;
M~ Nabi Ibrahim
bekas tapak kaki Nabi Ibrahim berhampiran dengan Kaabah, iaitu salah satu tempat yang doa pengunjungnya mustajab;

memakamkan menanam mayat, mengebumikan, menguburkan:
istiadat ~ jenazah Sultan;

pemakaman perihal memakamkan, penguburan:
~ Tok Engku telah dijalankan dengan penuh istiadat.

berkongsi