lekat

1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dan lain-lain), tidak terlepas, menempel:
maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pada batang pisang itu;

2. mudah melekit (seperti benda-benda yang bergetah, kanji, dan sebagainya);

3. = melekat [kiasan] rapat atau karib (persahabatan dan lain-lain), kekal;

4. = melekat [kiasan] tidak berubah-ubah (hala pandangan dan lain-lain), tetap:
jangankan hampir kepada patik, memandang ~ pun ia tiada;

5. = melekat [kiasan] terpakai (pakaian dan lain-lain), terkena;

6. = melekat [kiasan] tertarik kepada (hati dan lain-lain), terpaut pada:
hatinya ~ kepada gadis yang berbaju kurung;

7. = melekat terserap dan tidak luput, tersemat (dalam hati, ingatan):
masih ~ dalam ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian;
kata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya;

8. = melekat sah (tuduhan dan lain-lain), berlaku:
tuduhan membunuh yang dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan;

9. = melekat [kiasan] kekal (adat dan lain-lain), masih terpakai;
~ badi

menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yang baru lahir dan lain-lain);
~ perut [Terengganu] mengandung, hamil;
~ uri tembuni atau uri tidak keluar (ketika bersalin);

melekat lekat;

melekati
1. lekat pada, melekit pada;

2. hidup pada (api dan lain-lain):
apabila hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas katil;

melekatkan
1. menjadikan melekat, menampalkan:
~ label pada botol ubat;

2. mengenakan (pakaian), memakai:
dengan dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya;

3. [sastera lama] memberi gelaran (pangkat, bintang, dan sebagainya):
pada hari ini, aku ~ gelar kepada Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana;

4. menanam (modal, wang) dalam perusahaan atau dengan membeli barang-barang berharga:
wangnya dilekatkan pada barang-barang emas;

5. menghalakan pandangan (perhatian dan lain-lain), menetapkan pandangan dan lain-lain;

6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dan lain-lain) pada, membubuh;

7. memukulkan (tangan, kayu, dan lain-lain):
kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pada budak itu;

8. menaruh (hati), memauntukan (hati):
~ hatinya kepada gadis itu;

9. menyalakan, menghidupkan (api):
~ api kepada rumput-rumput kering di belakang rumahnya;

terlekat melekat atau lekat pada, telah dilekatkan:
terkejutlah orang melihat gambar teman-teman lelakinya yang ~ dalam album itu;
~ kersik buluh
(peribahasa) melakukan sesuatu yang sia-sia;

lekatan keadaan yang melekat (di antara satu permukaan dengan permukaan yang lain);

pelekat 1. sesuatu yang digunakan untuk melekatkan (gam, kanji, dan sebagainya);

2. helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan:
~ kereta.

berkongsi