1. perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih:
menandatangani ~ perdagangan antara Syarikat;
buruh ~ buruh yang terikat oleh perjanjian bekerja dengan majikan;
mendapat ~ mendapat hak dengan berdasarkan perjanjian untuk mengurus (menjual dan lain-lain), mendapat hak (mengurus dan lain-lain sesuatu) dengan ikatan perjanjian;
mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak;
2. dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian ini:
~ hadapan;
~ niagaan ke depan;
3. cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak;
~ hadapan (Ekonomi) perjanjian urus niaga antara pembeli dengan penjual yang bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pada masa akan datang;
~ niagaan ke depan (Ekonomi) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yang dibuat untuk dipenuhi pada tarikh tertentu masa akan datang;
~ sosial
a) persetujuan yang telah dicapai antara pihak-pihak yang berkepentingan untuk membentuk sebuah masyarakat yang padu dan sejahtera dengan setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu;
b) (Undang-undang) persetujuan rakyat untuk menyerahkan kebebasan individu sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dengan hasrat rakyat;
berkontrak berkaitan dengan, terkandung dalam atau berdasarkan kontrak:
tuntutan ~.