kibar

berkibar, berkibar-kibar, berkibaran bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (berkenaan (dengan) bendera dan lain-lain):
bendera Malaysia ~ di sana sini pada hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia;

mengibarkan menyebabkan berkibar, menggerak-gerakkan (bendera dan sebagainya) supaya berkibar, memasangkan (membentangkan) supaya berkibar:
kota ini bersemarak dengan hiasan, dan setiap rumah ~ bendera;
beribu-ribu murid sekolah berdiri di sepanjang jalan sambil ~ bendera;

kibaran gerakan berkibar;

pengibaran perihal (perbuatan dan sebagainya) mengibarkan (bendera):
upacara dimulakan dengan ~ bendera oleh ketua pasukan.

berkongsi