sejenis binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), Bos bubalus;
~ balar kerbau yang berkulit dan berbulu putih;
~ bara api kerbau yang kulitnya kemerah-merahan;
~ benuang jenis kerbau yang besar dan berkulit hitam;
~ beras = ~ melukut jenis kerbau yang kecil;
~ bintang kerbau yang berbintik-bintik pada kulitnya;
~ buluh seruas kerbau yang kuku kakinya bercantum (tidak berbelah);
~ bungkal gantih kerbau yang hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam);
~ canggai puteri kerbau yang kuku kakinya kecil dan panjang;
~ denak kerbau pemikat (untuk menarik kerbau lain supaya masuk kandang);
~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peliharaan);
~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yang ada gumpal daging pada pangkal ekornya;
~ pangkah kening kerbau yang ada tanda putih pada dahinya;
~ pendek [bahasa percakapan] babi;
~ punca ekornya kerbau yang ada tanda (jalur) putih pada ekornya;
~ sampaian kain kerbau yang tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas);
~ sinar matahari kerbau yang tanduknya menonjol ke hadapan;
~ sopak kerbau yang mempunyai tanda-tanda putih pada bahagian mulutnya;
~ tepuk lalat kerbau yang hujung ekornya berbungkal;
~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang;
~ berkandang, emas berpura (peribahasa) sesuatu benda itu hendaklah disimpan pada tempatnya masing-masing supaya selamat;
~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan (peribahasa) pekerjaan yang dibuat tidak dengan selayaknya atau orang yang diletakkan bukan pada tempatnya;
~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang (peribahasa) isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang;
~ menanduk, ~ pergi (peribahasa) orang yang bersalah mesti menerima hukumannya;
~ punya susu, sapi dapat nama (peribahasa) orang lain yang berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yang mendapat kepujian;
~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal (peribahasa) perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik;
bagai ~ runcing tanduk (peribahasa) orang yang terkenal kerana jahatnya;
bagai ~ terkejut oleh gong (peribahasa) tercengang-cengang kehairanan;
bagai jelongak ~ rampung (peribahasa) orang bodoh yang sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang;
bagai meluluntukan jebat pada ~ (peribahasa) pemberian yang tidak kena pada tempatnya (tidak berfaedah kepada penerimanya);
bermain-main dengan ~ , dilontarnya muka dengan ekor (peribahasa) berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian;
jangan buat ~ tanduk panjang (peribahasa) jangan mencampuri perkara orang lain;
jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya (peribahasa) janji mestilah ditepati;
laksana ~ , di mana rumput hijau di sana terkam (peribahasa) orang yang melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yang digemarinya;
mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian (peribahasa) lelaki yang berjalan di belakang isterinya;
menghambat ~ melabuh (berlabuh) (peribahasa) menghalang (mengganggu) perbuatan orang yang akan mendatangkan kesenangan baginya;
menolong ~ ditangkap harimau (peribahasa) menolong orang yang membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan;
seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit (peribahasa) seorang yang melakukan kesalahan semuanya terlibat sama;
seperti ~ dicucuk hidung (peribahasa) orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain;
seperti ~ menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya (peribahasa) menghukum anak ialah untuk memperbaiki kelakuannya, bukan untuk menyeksa;
seperti ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar (peribahasa) orang yang mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan;
terambu ~ kerana rumput muda (peribahasa) orang yang mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda;
tiada akan rintang ~ oleh tanduknya (peribahasa) orang yang cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dalam mengerjakan sesuatu;
berkerbau;
~ seperempat ekor, berkandang sebagai orang (peribahasa) orang miskin yang berlagak seperti orang kaya.