1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dan lain-lain);
di ~ di kawasan (tempat-tempat dan lain-lain) yang melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar:
dibubuhnya baja di ~ pokok itu;
hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yang banyak;
2. garis sempadan yang melingkari sesuatu bidang (kawasan dan sebagainya):
~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya;
3. [bahasa percakapan] = berkeliling;
~-kelalang terlalu asyik dengan sesuatu (lawak dan lain-lain) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri:
mak pandai melawak, orang ~ geli hati dibuatnya;
pertanyaan ~ pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum;
tujuh ~ sejenis penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening);
sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar:
keadaan ~ senyap sunyi;
udara ~ sangat sejuk;
di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya):
segala apa yang berlaku di ~nya tidak menarik hatinya;
~ pinggang (berkenaan (dengan) hutang dan lain-lain) sangat banyak;
berkeliling
1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dan lain-lain):
baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota;
2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dan sebagainya merata tempat:
maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu;
mengelilingi
1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, melingkari, mengedari:
lima orang pemuda sedang ~ meja itu;
bumi ~ matahari;
2. menjelajah;
~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia;
mengelilingkan membawa berkeliling (dari suatu tempat ke suatu tempat lain atau dari seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan:
seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu;
pekeliling;
jalan ~ jalan yang (mengikut haluan yang) berpusing atau beredar;
surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu):
~ Perkhidmatan.