hambat, buru;
 main ~-~ main hambat-menghambat (sejenis permainan kanak-kanak);
berkejar pergi dengan terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (untuk mendapatkan seseorang):
dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu;
berkejaran, berkejar-kejaran berlari beramai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat-menghambat (buru-memburu):
dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; 
beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah;
mengejar
1. berlari dan lain-lain untuk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat:
polis sedang ~ penyamun-penyamun yang melarikan diri itu;
2. [kiasan] sangat kuat menginginkan, bersungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai):
dia sekarang ~ wang;
~ kehormatan;
~ pangkat; 
putih dikejar, hitam tak dapat = yang dikandung (dikendong) berciciran, yang dikejar tiada dapat (peribahasa) keuntungan dan lain-lain yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dan lain-lain yang di dalam tangan habis hilang;
mengejarkan
1. menghantar atau membawa dengan seberapa segera (dengan terburu-buru):
dia telah dikejarkan ke rumah sakit dalam keadaan luka parah;
2. membuat supaya mengejar (seseorang atau sesuatu);
terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yang lari dan lain-lain), terhambat, tersusul;
 tidak ~ tidak terikut (tersusul);
terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, tergesa-gesa:
pemuda itu datang ~ hendak menari dengan Jasmah;
kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan:
lari dari ~ musuh; 
seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung;
pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan.