1. tidak menang (dalam peperangan, perkelahian, pertandingan, dan lain-lain), alah, tewas:
Negeri Jerman ~ teruk dalam peperangan itu;
pasukan bola sepak kita ~ dengan 3 gol berbalas 2;
pertandingan ~ mati pertandingan yang menurut peraturannya, pihak yang kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya;
2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dalam perjudian dan lain-lain):
ia berjudi dan ~ seratus ringgit;
3. tidak lulus (dalam peperiksaan):
ia pandai tetapi ~ dalam peperiksaan;
4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dan lain-lain apabila dibandingkan dengan sesuatu yang lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dan lain-lain):
wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya;
memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dengan yang terdapat di ibu kota;
tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang;
~ jadi abu menang jadi arang (peribahasa) kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yang berkelahi (iaitu sama-sama rugi);
~ membeli menang memakai (peribahasa) sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dan lain-lain);
mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dan lain-lain), mengaku kalah, (dengan tidak menentang dan sebagainya), menyerah:
Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan;
ia tidak mahu ~ walau apa pun yang terjadi;
mengalahkan
1. menyerang (menentang dan sebagainya) hingga pihak yang dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dan lain-lain), menewaskan:
dalam Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman;
2. mengatasi (lawan atau peserta lain dalam pertandingan dan mendapat mata yang terbanyak dan sebagainya), menewaskan:
dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain;
3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dan sebagainya) orang atau pihak lain:
dia dapat ~ sesiapa sahaja dalam serba-serbi kecuali dalam perkara wang;
4. mengatakan (menganggap dan sebagainya) kalah;
terkalahkan dapat dikalahkan;
kekalahan perihal kalah, ketewasan (dalam peperangan, pertandingan, perdebatan, dan lain-lain):
pasukan itu mengalami ~ teruk dalam pertandingan olahraga baru-baru ini;
~ Jerman dan Jepun dalam Perang Dunia Kedua;
~nya dalam pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yang hebat kepada parti tersebut.