jiwa

1. nyawa, roh (yang ada dalam tubuh manusia);
berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain);
melayang ~nya mati;
membuang ~ membunuh diri;
merentang ~ hampir akan mati;
putus ~ mati;

2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dan lain-lain yang terkandung dalam hati manusia):
buku itu mencerminkan ~ pengarangnya;
ilmu ~
pengetahuan mengenai batin manusia, psikologi;
penyakit ~ penyakit batin (gila dan lain-lain);

3. benda atau orang yang memberi kegiatan serta semangat kepada sesuatu pertubuhan dan lain-lain:
dialah yang merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu;

4. buah hati, kekasih:
oh ~ku, hanya engkau seoranglah yang kucintai;

5. penjodoh bilangan dalam menghitung penduduk, orang:
kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk;
cacah ~
= pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci;

6. maksud yang sebenarnya, maksud yang tersirat:
segala tindakan yang diambil haruslah sesuai dengan ~ perjanjian persahabatan yang telah ditandatangani itu;
~ raga
ki daya usaha yang sungguh-sungguh:
dia mengorbankan seluruh ~ raganya untuk membesarkan anak-anaknya;
~ bergantung di hujung rambut (peribahasa) dalam keadaan yang sangat berbahaya;
bertukar ~ dengan semangat (peribahasa) sedang berkasih-kasihan;

sejiwa keadaan hubungan yang sangat bulat dan sepakat:
sehati ~;

berjiwa
1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup:
dijumpainya di tepi sungai tubuh yang tidak ~ ;

2. bersemangat:
banyak pegawai yang masih ~ penjajah;
bahasa kebangsaan sebagai alat untuk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia;
~ besar

a) mempunyai sifat tidak mahu dikuasai (dipengaruhi dan lain-lain) orang;
b) mempunyai cita-cita yang mulia dengan tidak segan memberi pengorbanan;
~ kecil lawan berjiwa besar;
~ rakyat bersemangat kuat untuk menolong rakyat;

menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kepada:
semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu;

kejiwaan kerohanian, kebatinan:
ini agak pelik kalau ditilik dari sudut ~ orang Melayu;
sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dari segi kejasmanian mahupun dari segi ~;

kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa:
percampuran dan ~ kata-kata;

penjiwaan perihal menjiwai.

berkongsi