;
mewawaskan menghasilkan wawasan:
jika mahu membentuk masyarakat Malaysia yang bertaraf maju seperti yang diwawaskan, sembilan cabaran hendaklah diatasi;
wawasan
1. fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi:
pola penceritaannya lebih kelihatan seperti main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~;
2. pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi:
W~ 2020;
kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dengan cemerlang;
berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu:
agama Islam berjaya membentuk tamadun yang harmoni, merdeka dan ~ tinggi;
sememangnya dia seorang pemimpin yang ~.