1. alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit:
satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen;
2. [kiasan] gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah;
~ buta wang yang diberikan kepada orang yang tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta;
3. [sastera lama] duit yang bernilai satu pertiga tali:
pada masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah;
tiga ~ setali;
~ adat [Indonesia] wang untuk perbicaraan di mahkamah;
~ bandar wang yang dipertaruhkan dalam perjudian;
~ belanja
a) wang untuk kegunaan hari-hari;
b) [arkaik] gaji;
~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yang dibayar dahulu untuk menandakan setuju membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar;
~ duduk (sidang) [Indonesia] wang upah untuk anggota dewan dan lain-lain ketika menghadiri persidangan;
~ duka (sungkawa) [Indonesia] wang yang diberikan kepada ahli waris yang meninggal semasa mengerjakan tugasnya;
~ hangat (Ekonomi) wang yang beredar (dari negeri ke negeri) kerana kadar bunga yang rendah;
~ hantaran wang yang dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan (dalam perkahwinan);
~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan untuk digunakan apabila diperlukan;
~ jantan [Indonesia] wang yang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan;
~ jalan wang untuk bekal dalam perjalanan;
~ jasa
a) wang yang diberikan sebagai pembalas jasa;
b) bunga wang, faedah;
~ kancing sejenis wang untuk jaminan;
~ karun
a) wang yang terjumlah dalam harta karun;
b) wang yang diperoleh secara haram;
~ kecil (pecah-receh) duit yang rendah nilaiannya (sen dan lain-lain);
~ keras wang yang tetap nilaiannya (dalam pertukaran antarabangsa);
~ kertas wang yang berupa kertas;
~ kontan [Indonesia] wang tunai;
~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yang diberi sebagai hadiah (kerana mengerjakan sesuatu);
~ kuliah [Indonesia] wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi;
~ kunci (tiap) wang yang dibayar kepada tuan rumah yang disewa rumahnya;
~ lembur [Indonesia] wang upah kerana kerja lebih masa;
~ logam (emas, perak, dan lain-lain);
~ luar wang (pendapatan) yang diterima hasil membuat kerja luar;
~ mahar (wang) mas kahwin;
~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas);
~ meja [Indonesia] wang pembayaran perbicaraan di mahkamah;
~ panas
a) (Ekonomi) wang yang dipindahkan dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain, atau dari satu jenis pelaburan yang lain, untuk mendapatkan kadar pulangan yang terbaik;
b) [Indonesia] wang pinjaman dengan bunga yang banyak;
c) [Indonesia] wang yang berlebih-lebih (dalam peredaran);
d) [Indonesia] wang yang senang dapat dan senang habisnya;
~ pangkal wang yang harus dibayar dahulu ketika mula-mula masuk persatuan dan lain-lain (bayaran masuk);
~ perlindungan wang yang dibayar oleh seseorang kepada kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dan sebagainya tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng;
~ pertaruhan wang yang dibayar sebagai tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dan lain-lain);
~ plastik ki kad kredit;
~ poket [bahasa percakapan] = ~ saku wang yang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan;
~ pokok wang yang menjadi modal dalam perniagaan;
~ pos kepingan kertas yang mempunyai nilai tertentu yang boleh ditunaikan, yang dijual kepada pelanggan oleh pejabat pos dengan mengenakan komisen;
~ ringgit
a) [sastera lama] sejenis mata wang daripada perak;
b) satuan mata wang Malaysia;
c) segala macam kekayaan;
~ sagu hati
a) wang yang diberikan sebagai membalas jasa;
b) wang yang diberikan kepada ahli waris anggota (polis, tentera, dan lain-lain) yang meninggal semasa bertugas;
~ sekolah wang bayaran sekolah;
~ sembah [Jakarta] wang yang diberikan oleh pihak laki-laki kepada bakal mentua sesudah pinangan diterima;
~ syiling duit kecil yang dibuat daripada logam;
~ simpanan wang yang disimpan untuk masa depan;
~ sogok (sorok, suap) wang yang diberikan untuk menyogok (menyuap);
~ songsongan wang berlebih yang dikembalikan selepas membayar (sesuatu):
~ sumbangan wang yang diberikan sebagai hadiah (sumbangan);
~ tambang wang untuk membayar sewa atau tambang (kenaikan);
~ tegur (penegur) [Jakarta] wang yang diberikan kepada isteri untuk memulakan pergaulan sebagai suami isteri;
~ tengahan [Indonesia] setengah rupiah, suku (50 sen);
~ terjun [Indonesia] wang tambahan untuk ahli pasukan payung terjun;
~ tinta wang upah kepada orang yang membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dan lain-lain);
~ tunai wang yang boleh digunakan pada bila-bila masa;
ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~ abang melayang (peribahasa) orang yang disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja;
setali tiga ~ (peribahasa) sama sahaja keadaannya (halnya);
wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu;
berwang
1. mempunyai wang:
dia tidak ~, satu sen pun tidak ada;
2. [kiasan] kaya, berharta;
mengewangi memberi modal kepada, membelanjai, membiayai;
mengewangkan menukarkan kiriman wang dan lain-lain dengan wang;
kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yang berkaitan dengan wang;
Kementerian K~ kementerian yang menguruskan wang negara;
kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dan lain-lain;
perwangan keadaan dan pengurusan wang.