usir

mengusir
1. mengikut, memburu, mengejar:
bonda hamba pun tiada sempat naik ke sampan, sekaliannya berenangan ~ perahu yang lain;
tiadalah diusirnya orang Melayu yang lari itu;

2. menyuruh pergi dengan paksa, menghalau:
engkau usir aku seperti ~ seekor anjing yang berkurap layaknya;
~ asap, meninggalkan api
(peribahasa) melepaskan keuntungan kecil yang sudah tentu kerana mengharap keuntungan besar yang belum pasti;

terusir (telah) diusir:
peristiwa itu telah menyebabkan dia ~ dan terpisah daripada keluarganya;

usiran
1. (orang dan lain-lain) yang diusir:
orang ~;

2. sesuatu yang digunakan untuk mengusir:
surat ~;

pengusiran perbuatan mengusir (menghalau):
dalam cerita ini, terdapat cerita yang sama tentang ~ anak tiri dan kepulangannya dengan membawa hadiah-hadiah;

pengusir orang yang mengusir, penghalau.

berkongsi