ubah I

kelainan (dengan yang lain), beza, lain;
tak ~ sama benar dengan, tidak ada bezanya;

berubah
1. berbeza (daripada keadaan dan sebagainya yang asal atau yang semula jadi), menjadi lain:
dia telah ~ daripada seorang yang gembira menjadi seorang yang pendiam;
penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka;

2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar:
suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap;

3. tidak seperti biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dan lain-lain):
~ air mukanya apabila dia mendengar pertanyaanku itu;

4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kepada bertukar menjadi (sesuatu yang) lain:
kertas akhbar yang lama ~ menjadi kuning;

5. [Perak] beralih (tempat dan lain-lain), berpindah (dari yang dahulu), bertukar (arah dan lain-lain):
~ dari sini kamu, Mat Som;
~ akal
= ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila;
~ hatinya (pendapatnya, niatnya) tidak seperti biasa atau seperti dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya);
~ muka bertukar air muka(nya);

berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dan lain-lain):
cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si penceritanya;

mengubah
1. berubah, menjadi lain:
cara hidupnya telah ~ daripada cara hidup nenek moyangnya;

2. menjadikan berlainan atau berbeza daripada yang asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kepada yang lain:
kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita;
Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu;

3. menjadikan lebih baik (daripada yang semula jadi, yang asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yang kurang baik dan lain-lain):
Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya;
kanak-kanak yang baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dengan tiba-tiba;

4. menyusun semula (cerita, karangan, dan lain-lain), mengolah kembali;

5. tidak menepati (janji, sumpah, dan lain-lain), tidak mematuhi (peraturan, adat, dan lain-lain), melanggar (adat dan lain-lain), menyalahi:
sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya daripada adat purbakala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yang tua-tua;

6. [bahasa percakapan] memindahkan ke tempat lain (benih semaian dan lain-lain), mengalihkan:
benih padi disemai dalam bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dalam bulan Ogos;

7. mengalih (arah dan lain-lain) dari yang asal atau semula, menukar arah dan sebagainya:
pandangan itu kemudiannya diubah ke muka bapanya;
~ setia
mengalih kesetiaan kepada orang lain;
~ janji memungkiri janji;
~ langkah ki menukar cara hidup;

mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (daripada yang asal atau sebelumnya), menukarkan:
hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kepada anakku berdua;

memperubahkan menjadikan berlainan, memperbezakan, memperlainkan;

terubah sudah (dapat) diubah;

ubahan (sesuatu) yang sudah diubah atau berubah, (sesuatu) yang berlainan daripada yang asal atau semula;

ketakberubahan keadaan yang tidak berubah;

perubahan perihal berubah, peralihan, pertukaran:
dalam jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yang telah berlaku;

pengubahan perihal mengubah (mengubahkan), pengalihan, penukaran (kpada sesuatu yang lain):
begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yang negatif;

pengubah orang dan lain-lain yang mengubah (mengubahkan).

berkongsi