1. dorong, sorong;
 kereta (gerabak, pedati) ~ kereta dan lain-lain sorong;
 wang ~ wang suap (sogok);
2. kurang, potong;
 kira-kira ~ kira-kira berkenaan mengurangi angka;
 tanda ~ tanda untuk mengurangkan (-);
~ ansur = ~ raih saling menuruti (memberi);
 ~ bahara (bara) pemberat sebagai pengimbang dalam perahu;
 ~ bala penangkal bahaya (bencana, penyakit, dan lain-lain) dengan doa, kenduri untuk menjauhkan bencana dan lain-lain;
 ~ balik
a) pulang pergi;
 b) menghantar kembali (barang-barang dan lain-lain);
 ~ senjata [sastera lama] wang atau pemberian-pemberian yang lain yang diberikan oleh penduduk kepada musuh supaya jangan dilanggar (diganggu dan lain-lain);
 ~ sumpah [Minangkabau] sejenis hiasan kalung (dokoh);
 ~ tepi ditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira;
bertolak
1. berangkat, belayar:
kami ~ dengan perahu besar esok paginya; 
2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat:
dia ~ petang ini dari Lapangan Terbang Subang;
3. bermula (dengan sesuatu sebagai asas), berpunca, berpangkal:
sistem sosialis ~ daripada pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dalam ekonomi; 
definisi pula perlu ~ daripada dua sudut pandangan;
~ ansur saling menuruti (memberi), berkompromi;
 ~ belakang (dengan) berpisah dan saling membelakangi (seperti seorang ke utara seorang lagi ke selatan);
 ~ pinggang [Jakarta] bercekak pinggang;
 ~ punggung berangkat, pergi;
bertolak-tolak [Minangkabau] saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dan lain-lain), saling melepaskan tanggungjawab;
bertolak-tolakan saling menolak antara satu sama lain:
orang ramai berasak-asakan dan ~ untuk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pada malam itu;
 menolak
1. mendorong, menyorong:
mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 
2. mencegah (bahaya dan lain-lain), mengelakkan atau menangkis (serangan dan lain-lain), menangkal (penyakit dan lain-lain):
~ serangan musuh;
~ bencana bah; 
3. tidak mahu menerima (meluluskan, mengabulkan, membenarkan), tidak membenarkan (pendapat), menampik:
pinangannya ditolak orang; 
rezeki jangan ditolak; 
pendirianmu itu saya tolak keras; 
mazhab purisme bahasa memperlihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 
4. = menolakkan menghalau, mengusir:
isterinya ditolak dari rumahnya; 
5. mengurangi, membuang, memotong:
ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja daripada gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; 
harga ini boleh ditolak sedikit boleh dikurangi sedikit;
 ~ bala menjauhkan bala dengan berdoa dan lain-lain;
 ~ tuah melepaskan peluang yang baik;
tolak-menolak bertolak-tolakan;
menolakkan
1. mendorongkan, menyorongkan:
maka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 
2. membebankan pekerjaan (tanggungjawab):
jangan ditolakkan kesilapan itu kepada orang lain, awak sendiri yang bertanggungjawab; 
3. mengurangkan, membuangkan, memotong;
tertolak dapat atau berupaya menolak:
dia tidak ~ seorang diri keretanya yang rosak di tepi jalan;
 tolakan
1. desakan ke depan, dorongan, sorongan;
2. sesuatu yang sudah ditolak, tampikan;
3. potongan, surutan (harga dan lain-lain);
penolakan perihal (perbuatan dan sebagainya) menolak(kan), penampikan, penangkalan, penangkisan, pencegahan, pengurangan:
~ pemakaian tenaga atom dalam peperangan;
penolak sesuatu yang menolak, alat untuk menolak, penangkal, penangkis, pencegah.