tepung I

1. barang yang hancur dan lumat kerana ditumbuk dan lain-lain (beras, gandum, dan lain-lain):
~ jagung;

2. barang-barang yang sedia lumat, bubukan, serbuk:
~ sari;
~ beras
tepung yang dibuat daripada beras (untuk membuat kuih);
~ berperasa tepung yang mengandungi serbuk perasa (seperti garam, rempah, daun perasa, dan sebagainya);
~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yang mengandungi serbuk penaik;
~ bungkus sejenis kuih yang diberi berinti;
~ cat serbuk cat;
~ gandum tepung yang dibuat daripada gandum;
~ gomak sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan tepung kacang hijau (berintikan kacang dan gula);
~ jagung tepung daripada jagung, digunakan untuk memekatkan kuah, membuat kuih dan sebagainya;
~ pelita sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras serta gula dan santan yang dikukus;
~ pulut tepung daripada beras pulut, digunakan untuk membuat kuih-muih;
~ sagu tepung daripada sagu;
~ susu serbuk susu;
~ talam sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dalam bokor);
~ torak sejenis kuih daripada tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dan sebagainya;
~ ubi (kanji) tepung yang dibuat daripada ubi kayu;
~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu (peribahasa) hal orang yang tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua;

menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dan lain-lain lumat-lumat) supaya menjadi tepung:
~ beras (jagung);
(seperti hendak) ~ tiada berberas
(peribahasa)
a) pekerjaan yang dibuat dengan tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sempurna;
b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada;
tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung:
yang termasuk dalam makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dan lain-lain.

berkongsi