1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur:
belum ~ dia datang hari ini;
bas itu tidak ~ tibanya, ada kala lambat ada kala cepat;
2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang:
~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza;
3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti:
~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu;
bertentu
1. [sastera lama] sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap):
setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dalam negeri Biru Hasha Purwa;
2. [sastera lama] yang ditetapkan (dipersetujui):
jika lambat dari empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yang ~ pergi mendapatkan kita;
3. berbincang atau bermesyuarat untuk menetapkan sesuatu, berunding:
Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dengan beberapa orang saudagar;
bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang;
bertentukan [sastera lama] mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok):
setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat;
menentu tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dan lain-lain), tidak tentu;
menentui [Minangkabau].
1. memeriksa (supaya ketahuan), mengusut, menyelidiki;
2. menanyakan (bagaimana halnya dan lain-lain), mengambil tahu:
~ nasib anak buahnya;
3. pergi menengok (orang sakit dan lain-lain), menjenguk;
4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan;
menentukan
1. menetapkan, memastikan:
sudah ditentukan demikian oleh Tuhan;
2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan:
dia tidak pernah dibawa mesyuarat dalam hal ~ siapa yang akan menjadi jodohnya;
3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan:
setiap simbol yang digunakan dalam kamus hendaklah ditentukan maksudnya;
4. membuat kesimpulan, membuat keputusan daripada:
kita tidak mempunyai bukti yang cukup untuk ~ dia yang bersalah;
5. memberi keterangan yang tentu, menerangkan, mengesahkan:
jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada;
6. mewajibkan, memestikan:
adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dengan selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit;
7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan:
dia pergi berunding dengan kapten-kapten kapal lainnya di Halifax untuk ~ acara-acara pelayaran kami;
tertentu
1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang):
polis mempunyai tugas yang ~ dalam masyarakat;
2. untuk menyatakan sesuatu yang tidak disebuntukan namanya (tempatnya dan lain-lain):
ada golongan-golongan ~ yang mahu memecah-belahkan rakyat;
ketentuan
1. sesuatu yang tentu atau yang telah ditentukan, keputusan yang muktamad, ketetapan:
sebagai hasil daripada perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah dipersetujui;
2. sesuatu yang sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian:
dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya;
3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), beraturan:
kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga;
berketentuan tidak ~
a) tidak ada ketentuannya, tidak mendapat sebarang keputusan, tidak ada kepastian:
rundingan kita tadi tidak ~ lagi;
b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk:
buku-buku tidak ~ ;
ketidaktentuan perihal (keadaan dan sebagainya) yang tidak tentu, ketidakpastian:
ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam;
penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian:
orang masuk syurga atau neraka adalah ~ daripada Tuhan;
penentu yang menentukan:
Allah sebagai Pencipta dan ~ segala kejadian.