bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh [sastera lama] langgar-melanggar (orang berperang dan lain-lain), serang-menyerang, serbu-menyerbu;
setempuh ~ lalu, sebondong surut (peribahasa) adat orang bersahabat sentiasa semuafakat dan bersatu hati;
menempuh
1. mara melanggar (musuh dan lain-lain), menyerang, menyerbu (ke):
maka ia pun ~ ke dalam rakyat Pasai yang seperti laut itu;
2. melanggar (angin, ombak, dan lain-lain), melanda, memukul:
sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin;
3. menimpa (kemalangan dan lain-lain):
maka ia pun ditempuh kemalangan;
4. melalui (jalan dan lain-lain), mengikut (jalan dan lain-lain):
inilah kali yang ketiga aku ~ jalan ini;
5. melalui, melintasi:
ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kepada Dah Jali;
6. berjalan masuk (lalu dan lain-lain) di tempat yang sulit-sulit, mengharung (lautan dan lain-lain), meredah (belukar dan lain-lain):
selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yang besar dengan takdir Allah Subhanahuwataala sampailah kepada suatu padang;
7. sengaja menghadapi bahaya dan lain-lain, menanggung kerugian dan lain-lain, menyongsong (angin, ribut):
dalam masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk;
8. = menempuhi mengalami (kesukaran dan lain-lain), menderita (kesulitan dan lain-lain):
mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan;
~ hidup;
9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dan lain-lain), masuk ke, memasuki:
kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yang tidak berisi;
10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dan lain-lain), mengikuti, menyertai (kursus dan lain-lain):
Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dalam pesta sukan Asia Tenggara;
11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dan lain-lain), mengikuti (kursus dan lain-lain);
12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dan lain-lain):
mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru;
13. melakukan sesuatu yang sukar atau sulit;
penempuhan proses menempuh(i) sesuatu:
~ berbagai-bagai bala bencana sebagai ujian mematangkan usia.