taruh

1. wang dan lain-lain yang dipasang dalam perjudian, tagan:
tidaklah berani orang Kemboja melawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar;

2. cagaran untuk barang yang digadai dan lain-lain, sandaran, tanggungan:
diberikannya gelang emasnya sebagai ~;

3. [bahasa percakapan] = menaruh menempatkan, meletakkan, membubuh:
tempat ~ basikal;

4. [bahasa percakapan] = menaruh menyimpan:
saya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya;
~ beras dalam padi
(peribahasa) menyimpan rahsia baik-baik;
~ mata melihat, memerhatikan, mengawasi;
ada beras ~ dalam padi, ada ingat ~ dalam hati (peribahasa) kalau ada sesuatu cita-cita yang diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kepada orang sebelum dikerjakan;
tidak dapat ~ muka malu melihat (dilihat) orang;

bertaruh
1. memasang taruh (dalam perjudian), bertagan:
adakah orang hendak menyabung ~ begitu kecil?

2. memastikan (menjamin) dengan membubuh taruh:
saya berani ~ mereka itu masih bersekolah;
~ sirih
menghantar sirih untuk menempah bidan;

bertaruhkan
1. bertaruh (bertagan) dengan, memasang taruh dengan:
mereka ~ wang;

2. [sastera lama] menyerahkan supaya dididik, menyuruh memelihara, mengamanahkan, menitipkan:
maka Bendahara pun ~ anak raja itu kepada saudagar itu;

bertaruhan saling memasang taruh (dalam perjudian), saling bertagan:
mereka secara berkelakar ~ seorang dua puluh lima ringgit;

menaruh
1. meletakkan, menempatkan:
ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan;

2. membubuh, menambah:
lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa;

3. memberi atau membubuh (nama dan lain-lain):
maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir untuk mengambil berkat nama bapanya;

4. menentukan atau meletakkan (harga):
harga yang ditaruhnya itu terlalu tinggi;

5. memasang taruh, bertaruh:
dia ~ lima ringgit dengan kawannya dalam perlawanan tinju itu;

6. menyuruh simpan (bela, pelihara), mengamanahkan, menitip:
murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini;

7. menyimpan (wang dan lain-lain), menabung (wang), menanam (modal):
mereka digalakkan supaya ~ wang di dalam bank tersebut;

8. memelihara (binatang dan lain-lain), membela:
adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik;

9. memiliki, mempunyai:
anakanda hendak mencari orang yang ~ burung borak;
1. menyimpan (dalam hati), merahsiakan sesuatu:
dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia;
1. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dan lain-lain), mempunyai (minat, kepercayaan, dan lain-lain):
ada juga seorang dua yang masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini;

1. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan:
bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?;
~ bimbang
berasa bimbang;
~ dendam berperasaan dendam;
~ fikiran mempertimbangkan;
~ hati mencintai, suka kepada;
~ kasihan berasa kasihan;
~ keberatan berasa enggan;
~ mata melihat, memerhatikan;
~ perhatian memberi perhatian;
~ syak berasa syak (curiga, waswas);

menaruhi
1. menaruh (meletakkan, menyimpan, dan lain-lain) di;

2. memasang taruh pada:
dia ~ ayam putih itu;

menaruhkan menaruh atau menyimpan untuk orang lain;

mempertaruhkan
1. menyuruh orang lain menyimpan (menyelenggarakan, menjaga, dan lain-lain), mengamanahkan (kepada), menitipkan:
ia hendak ~ anak cucunya kepada aku;

2. menyerahkan (jabatan, pekerjaan, dan lain-lain) kepada:
sudah tiba masanya untuk ~ jawatan itu kepada seorang yang lebih muda;

3. mencagarkan, menggadaikan:
kerismu itu cukup untuk dipertaruhkan dengan rialku seratus ini;

4. memasang sebagai taruhan (dalam perjudian):
raja itu ~ negerinya dalam persabungan;

5. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dan lain-lain):
dia sanggup ~ jiwanya untuk menjaga nama baik keluarganya;

6. = menaruh menanam modal (dalam pasaran saham):
dengan ~ RM2000 dalam stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yang banyak;

taruhan
1. = pertaruh, petaruhan wang dan lain-lain yang dipasang dalam perjudian, tagan:
50 sen sahaja ~ saya pada nombor 21;

2. sesuatu yang disuruh simpan (selenggara dan lain-lain), titipan;

3. cagaran, gadaian:
adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikuntukan;

4. simpanan:
wang ~ ;

5. (barang) yang hanya dipakai untuk sesuatu upacara (seperti pesta, majlis perkahwinan, dan lain-lain):
ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta;

6. pengorbanan (nyawa dan lain-lain), sabungan nyawa:
termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya;

7. (anak) yang dicintai (dikasihi):
segala anak-anak dara ~ sekaliannya berterpaan hendak melihat Raja Zainal;
anak ~;
gadis ~
gadis pingitan;

8. hadiah yang ditawarkan (kpada orang yang menangkap pengganas dan lain-lain);

pertaruhan
1. perihal bertaruh;

2. = penaruhan tempat menaruh, tabungan:
bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar daripada ~, kadang-kadang untuk belanja ke sekolah;

3. simpanan, titipan;

berpenaruhan [arkaik] berada, berharta, kaya;

pertaruh
1. sesuatu yang dipertaruhkan (cagaran, tanggungan, dan lain-lain);

2. titipan:
adapun ~ akulah anak kita Hussain kepada Bendahara;

3. nasihat (ajaran) yang baik;

4. amanat, pesanan, wasiat:
segala ~nya itu dijalankan;

petaruh orang yang bertaruh;

berpetaruh
1. memberi petaruh, menasihat;

2. berpesan, berwasiat:
dia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu.

berkongsi