setangkup
1. = ~ tangan sebanyak yang dapat diambil dengan kedua-dua belah tangan yang ditangkupkan, seraup;
2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dan lain-lain) kedua-dua belahnya, simetri;
3. seimbang, selaras:
memetik kata-kata Noam Chomsky, supaya ~ perkembangan bahasa dengan kemajuan ilmu;
bertangkup
1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dan lain-lain), bertelangkup;
2. bertelangkup, bertelungkup:
atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah;
3. menjadi rapat bercantum:
kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik;
menangkup
1. tutup-menutup atau bertaup dengan rapat (berkenaan (dengan) dua benda dan lain-lain), mengatup:
mulutnya ~;
2. menelungkup, meniarap, tengkurap:
maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang;
3. menutupi (dengan sesuatu yang jeluk dan lain-lain), menyungkup, menudungi:
dengan kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya;
menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan:
cangkir itu ditangkupkannya di atas meja;
dia pun meniarap ~ mukanya ke bantal;
menangkup-telentangkan
1. meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan;
2. ki menimbangkan dengan hati-hati;
tertangkup sudah ditangkup, telungkup, tertiarap:
sebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya;
~ sama termakan tanah, terlentang sama terminum air (peribahasa) orang yang mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara).