1. tuntutan (permintaan) yang mesti dipenuhi, jaminan, janji:
jika orang yang meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yang telah dipersetujui dahulu dibatalkan;
2. segala yang diperlukan (untuk mencapai sesuatu yang dimaksudkan dan lain-lain):
~ yang paling mustahak untuk menamatkan perselisihan itu ialah kemahuan dan kesediaan untuk berselesai;
3. ketentuan (rukun, peraturan, dan lain-lain) yang mesti dipatuhi:
Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yang diwajibkan atas seorang Islam?
4. bayaran (barang dan lain-lain) yang perlu kepada guru silat (bomoh dan lain-lain);
~ mutlak syarat yang tidak boleh tidak dipenuhi;
bersyarat ada syaratnya, dengan syarat, (dengan) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sebagai) syarat:
dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu;
mensyaratkan menuntut (meminta) sebagai syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sebagai) syarat:
PBB telah ~ bahawa negara anggota yang tidak membayar hutang sampai tiga tahun dengan sendirinya akan gugur haknya untuk mengundi;
pensyaratan proses mengenakan syarat:
pelbagai disiplin memerlukan ~ yang lain pada ciri sosiologi sastera.