1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah:
perkara yang ~;
sangat ~ membuat pekerjaan ini;
2. [sastera lama] serba kekurangan, daif, miskin:
mereka hidup dalam ~;
3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk:
penyakitnya terlalu ~;
4. tidak mudah mendapat, jarang ada:
wang ~ pada masa ini;
mahal dibeli, ~ dicari (peribahasa) sesuatu yang terlalu sukar diperoleh;
orang ~ baharu kaya (peribahasa) orang yang hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan);
menyukarkan menjadikan sukar, menyulitkan, menyusahkan:
meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yang telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yang kurang maju;
mempersukar menjadikan lebih sukar;
kesukaran
1. perihal sukar, kesulitan, kesusahan:
~nya makin bertambah;
2. menderita susah (kemiskinan):
mereka selalu dalam ~.