sinar

pancaran cahaya (sesuatu yang berkilau):
pagi pun tibalah bersama ~ matahari;~ alfa (Fizik) sejenis sinar bercas positif yang terdiri daripada nukleus helium;
~ beta (Fizik) sejenis sinar bercas negatif yang terdiri daripada elektron;
~ gama (Fizik) sejenis sinar yang bertenaga tinggi;
~ kosmos (Fizik) sinar dari ruang angkasa yang bertenaga tinggi (lazimnya terdiri daripada proton, elektron, dan lain-lain);
~ mata
a) cahaya yang tajam dari mata (ketika marah dan lain-lain);
b) kelipan mata;
~-seminar mengeluarkan cahaya yang gilang-gemilang, memancar-mancar;

bersinar, menyinar
1. mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya):
matahari ~ menerangi alam;
~ titisan air matanya di pipi;

2. [kiasan] berseri atau harum namanya dan lain-lain:
kali ini pasti ucapannya akan disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak;

bersinar-sinar memancarkan sinar yang gilang-gemilang, memancar-mancar, sinar-seminar:
lampu yang ~ bergemerlapan menghiasi malam;

menyinari
1.memancarkan cahaya kepada, menerangi, menyuluhi:
tubuh badannya terang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu;

2. [kiasan] mengajar makhluk Allah (manusia, dan lain-lain) supaya dapat melihat kebenaran-Nya:
al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan;

menyinarkan memancarkan (menghamburkan) sinar:
matahari telah pun ~ cahayanya;

sinaran
1. sinar;

2. (Fizik) pancaran dan rambatan gelombang, seperti cahaya atau bunyi, yang menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain;
~ elektromagnet rambatan tenaga yang dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, misalnya gelombang radio dan X-ray;

3. (Fizik) aliran zarah, seperti zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron;

penyinaran perbuatan menyinarkan atau menyinari;

penyinar [kiasan] yang memberikan harapan, semangat dan sebagainya:
ibu tua itulah yang menjadi pembimbing, teman dan ~ hidupnya.

berkongsi