sepah I

hampas benda yang telah dikunyah dan dihisap airnya (seperti tebu, sirih, dan lain-lain):
maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kepada tuan puteri Kuntum Ratna Sari;
sepelontar ~ sirih
jarak yang dekat sekali;
~ tembakau [Kelantan]
a) sesuatu yang tidak berguna lagi;
b) sampah masyarakat;
habis manis ~ dibuang (peribahasa) digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan;

menyepah mengambil sari atau air daripada sesuatu (seperti sirih, tebu, dan lain-lain) dengan mengunyah:
apa yang disepah oleh budak itu?

berkongsi