seni II

1. karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan:
kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun;

2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dan lain-lain) yang indah-indah;
~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa;
~ bina = ~ bangunan [Indonesia] seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan penyeliaan pembinaan bangunan dan sebagainya);
~ drama seni mengenai lakonan pentas (sandiwara);
~ foto seni tentang pengambilan gambar dengan kamera dan penghasilan gambar;
~ halus cabang dan karya seni yang mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kepada peminatnya, seperti lukisan, muzik, puisi dan ukiran;
~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-menjahit);
~ kata susunan kata-kata yang indah (untuk lagu dan lain-lain);
~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dengan gaya yang khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yang indah-indah;
~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (seperti ukir-mengukir, membuat barang-barang dengan kemahiran tangan, dan sebagainya);
~ kreatif apa sahaja seni yang dapat mencipta sesuatu;
~ lakon seni drama;
~ lukis seni mengenai lukis-melukis;
~ murni seni mengenai penciptaan barang yang indah-indah (seni lukis, seni pahat, dan lain-lain);
~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu;
~ pahat (ukir) seni mengenai pahat-memahat (seperti membuat patung dan lain-lain), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dengan pahat;
~ rupa seni pahat dan seni lukis;
~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi);
~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak;
~ suara seni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dan lain-lain);
~ tari seni mengenai tari-menari;
~ ukir(an) seni atau kemahiran ukir-mengukir;

berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni:
tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yang tidak ~;

kesenian perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan):
kaulah seorang seniman yang tahu menikmati ~ alam.

berkongsi