sebab

yang mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula:
doktor dapat mencari ~ penyakit itu ;
ia dipecat ~ malas;
oleh ~
kerana;
~-musabab berbagai-bagai sebab;

bersebab ada sebabnya (alasan mulanya):
sakit bermula mati ~;
polis tidak ada kuasa untuk menangkap orang dengan tidak ~;

menyebabkan menjadikan sebab, mengakibatkan:
hanya belas kasihan oranglah yang ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu;
hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap;

tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana:
kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain;

penyebab
1. orang (pihak dan sebagainya) yang menjadi sebab atau punca kepada sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dan lain-lain);

2. sesuatu (seperti penyakit, bencana alam, dan lain-lain) yang menjadi sebab kepada sesuatu:
dia tidak menyangka tindakannya yang menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dalam kancah kehinaan.

berkongsi