sasar III

[Jakarta];

menyasar membidik, menghala, menuju;

menyasarkan
1. menghalakan, menujukan;

2. menetapkan sasaran (hasil, perolehan dan sebagainya yang ingin dicapai):
syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan;
negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu;

sasaran
1. tujuan (menembak), bulan-bulan:
ada yang menembak ~, ada yang bercatur, ada yang bersepak raga;

2. tujuan (serangan politik, marah, kritik, dan lain-lain):
Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan hamun;

3. hasil daripada sesuatu usaha, tindakan dan sebagainya yang ingin dicapai, matlamat:
kami harus mencapai ~ kerja bulanan yang telah ditetapkan.

berkongsi